Biografi Larry David

Awal hidup dan keturunan

David lahir di kejiranan Sheepshead Bay, Brooklyn anak bongsu[4] kepada Rose (born Regina Brandes), seorang keturunan Yahudi Poland Tarnopol, Ukraine[5] dan Mortimer Julius "Morty" David, seorang peniaga pakaian lelaki Jerman. David belajar di Sheepshead Bay High School sebelum meneruskan pengajiannya di University of Maryland, College Park di mana beliau lulus berijazah sarjana dalam bidang sejarah;[6][7][8] Beliau menyertai United States Army Reserve selepas habis pengajiannya.[9]

Pada 2017, suatu siri dokumentari sejarah PBS tahun berjudul Finding Your Roots mengisahkan salasilah keluarga selebriti terkenal mendapati dalam kajian mereka bahawa Larry sendiri mempunyai pertalian jauh dengan ahli politik terkenal Amerika Syarikat, Bernie Sanders;[10] secara kebetulan pula Larry melakonkan watak senator tersebut dalam siri sketsa satira Saturday Night Live sejak tahun 2016.

Kerjaya komedi

Pengajiannya di College Park memutik minatnya terhadap komedi.[11] Beliau menjadi seorang pelawak sambil bekerja sambilan sebagai kerani, pemandu limosin dan sejarawan di kejiranan Hell's Kitchen di Manhattan.[12] Beliau kemudiannya menjadi penulis skrip untuk siri Fridays ABC (1980 hingga 1982) dan siri Saturday Night Live NBC (1984 hingga 1985).[13][14]

Rujukan

WikiPedia: Larry David http://articles.baltimoresun.com/2013-03-27/entice... http://www.britannica.com/bps/search?query=larry+d... http://www.imdb.com/name/nm0202970/ http://www.suntimes.com/entertainment/people/14955... http://www.tv.com/news/improv-on-tv-how-curb-your-... http://www.tvguide.com/celebrities/larry-david/bio... http://www.umterps.com/school-bio/md-alumni.html http://www.vulture.com/2015/01/larry-david-fish-in... https://www.nytimes.com/2000/07/16/style/the-great... https://www.nytimes.com/2004/02/15/opinion/my-war....